Welcome To SKBB Blog

Welcome To SKBB Blog

Wednesday, November 17, 2010

UPSR.. OH.. UPSR.

Tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya mendapat keputusan UPSR masing-masing.Kepada murid yang tidak mencapai keputusan yang di impikan,diharap memperbaiki kesilapan tersebut bagi menghadapi peperiksaan di sekolah menengah nanti.Seramai 19 orang murid SKBB telah mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.Dengan pencapaian tersebut,ia sekaligus melonjak peratus sekolah pada tahun ini. Guru Besar telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada murid-murid tersebut pada hari Isnin,15 November 2010.

Di harap,murid-murid tahun 5 yang akan melangkah ke tahun 6 pada 2011 nanti,kuatkan semangat dan azam untuk mempersiapkan diri bagi UPSR 2011...

Sunday, November 14, 2010

Program Parenthon SKBB, 2010





Program Parenthon SKBB baru saja berakhir.murid-murid yang telah berjaya mendapat kutipan paling tinggi telah mendapat hadiah sebuah basikal...tahniah diucapkan.. Tidak lupa juga ucapan Terima Kasih buat Ibubapa yang telah banyak menolong pihak sekolah dalam menjayakan program ini.

Sunday, August 22, 2010

MERDEKA...MERDEKA... KE 53

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE - 53

Sambutan Bulan Kemerdekaan telah di adakan pada 16 Ogos 2010 bersempena dengan perhimpunan pagi.Banyak acara-acara menarik yang telah diadakan seperti koir,nyanyian,deklamasi sajak dan laungan merdeka oleh wakil guru.Pihak sekolah juga menjemput wakil PIBG sekolah bagi merasmikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53 ini.


Sunday, August 8, 2010

Gotong Royong Perdana ,Melaka Maju 2010

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA MELAKA MAJU 2010
Bertempat : Sek.Keb Batu Berendam
Penyertaan: Semua Warga SKBB
Masa 8.30 hingga 12.00

Sekalung Terima Kasih buat:
Guru Besar KBB ,Tn Hj Adam Bin Mohamad
GPK HEM,Pn Hjh Roslinah Bt Rosli dan
GPK KOKU, Pn Hjh Rohani Bt Hj wahid

Terima Kasih buat semua warga SKBB yang telah menjayakan gotong royong ini.Di harap kita dapat mengekalkan semangat bekerjasama dan cintakan kebersihan.

Tuesday, July 20, 2010

Majlis Persaraan

Puan Hajah Jariah Binti Haji Aman
Guru Penolong Kanan 1
Sk Batu Berendam, Melaka.

"JASA DAN BAKTIMU SENTIASA DIKENANG"

TARIKH : 15 JULAI 2010
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SK BATU BERENDAM

Majlis Persaraan GPK1telah diraikan oleh seluruh warga SKBB.Kami amat merasa kehilangan sebutir bintang di dalam sekolah ini yang telah lama menyinari pentadbiran sekolah dan juga jasamu pada murid-murid SKBB.Lihat gambar...........

Sunday, May 23, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU....SKBB 2010

SELAMAT HARI GURU …


Tarikh / Masa : 17 Mei 2010 / 7.35 pg
Tempat : Tapak Perhimpunan SKBB
Tetamu Undangan : EN.MAHADI BIN ABDUL TALIB

“ Guru Pembina Negara Bangsa ”


Selamat Hari Guru kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Batu Berendam.Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan pada 17 Mei 2010 dengan pelbagai acara menarik untuk guru dan juga murid. Semoga keikhlasan membimbing anak bangsa akan terus membara di dalam hati setiap insan bergelar guru.TERIMA KASIH CIKGU….

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu


Sejarah Hari Ibu


Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Wednesday, May 5, 2010

MAULIDUR RASUL

Wednesday, April 21, 2010

MESYUARAT PIBG

Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Berendam yang ke-34 telah di ada pada 9 April 2010, bertempat di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam. Majlis bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Berendam kali ke-34 ini telah di rasmikan oleh. Antara gambar sepanjang majlis berlangsung.

Monday, April 19, 2010

GOTONG ROYONG SEKOLAH

Gotong royong Sekolah Kebangsaan Batu Berandam telah di adakan pada 10 Mac 2010. Semua kakitangan sekolah terlibat dalam program gotong royong ini. Seisi gotong royong telah bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 2 petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam program gotong royong kali ini. Semoga gotong royong seperti ini dapat dijalankan untuk masa yang akan datang. Gambar sekitar program gotong royong sekolah.










Sunday, April 18, 2010

HARI SUKAN 2010

Temasya Sukan Tahunan Sekolah 2010 yang telah di adakan pada 11 Mac 2010 bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2. Gambar sekitar Temasya Sukan berlangsung





PUSAT AKSES SEK KEB BATU BERENDAM






Pusat Akses Sekolah Kebangsaaan Batu Berendam mengandungi sebanyak 10 buah PC. Perletaknya di Blok A,tingkat bawah bersebelahan Pra Sekolah 1. Pusat Akses ini beroperasi pada setiap hari persekolahan iaitu pada waktu rehat dan selepas sesi persekolahan. Penggunaan Bilik Akses terbuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 sahaja. Ia bagi memberi pendedahan kepada murid tersebut tentang penggunaan ICT dalam pembelajaran.